gambar-gambar...insan yg rapat dngan aman....hehehe.... ^___^

Wednesday, February 2, 2011

++++PETUA-PETUA UNTUK KORANG++++

 HALBA RAWAT BAHAGIAN TERSELIUH
#jika ada anggota tubuh yang terseliuh,ambil segenggam beras dan satu sudu besar halba. Rendam hingga kembang. Ambil tiga batang serai dan potong halus. Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan tumbuk sehingga lumat. Tampal bahan ini di tempat terseliuh.

 AIR KELAPA HILANGKAN JERAWAT
# bagi mengatasi masalah jerawat, petua mudah ini boleh diikuti. Ambil 25gm kunyit dan campurkan dengan segelas air kelapa muda. Biarkan semalaman. Kemudian, tambahkan tiga senduk serbuk teh merah dan campur kesemua bahan. Simpan bancuhan tersebut seama 3hari. Tapis ramuan dengan 3lapis kain kasa dan simpan sari tadi di dalam botol. Sapukan pada wajah berjerawat dua kalu sehari.

 ATASI CIRIT-BIRIT
#bagi yang mengalami masalah cirit-birit, anda hanya perlu merendam teh ke dalam segelas air suam tanpa memasukkan gula. Apabila air telah pekat kehitaman, minum air tersebut. Selain itu, ambil daun jambu batu dan kunyah.
  
UPAH PINANG REDAKAN DARAH TINGGI
#bagi mereka yang menghidap darah tinggi. bolehlah mencuba petua ini. Keringkan upih pinang sehingga kering. Ambil sedikit upihnya dan masukkan ke dalam periuk bersama air yang mencukupi. Masakkan sehingga mendidih. Tapis dan dapatkan air sahaja. Minum air tersebut ketika suam dan amalkan 2kli sehari.

 BUNGA MELATI BANTU PULIH SAKIT MATA
#jika anda menghidapi sakit mata anda mungkin pedih dan merah. Untuk merawatinya, ambil daun bunga melati dan tumbuk sehingga lumat. Tampalkan pada kening. Amalkan setiap hari sehingga sembuh. 

2 comments:

Fika Karim said...

oh tidak Dr Feera, jerawat saya banyak!!!

[A][M][A][N]:::[G][A][L][A][N][G] said...

klau jerawat anda bnyak...anda kna la ke beuty spa kat dlm kg.baung ekk...spa 2 bru je bkak,n sgguh brkesan...hrap dngarlah sranan ini...skian.. ^_^

Post a Comment