gambar-gambar...insan yg rapat dngan aman....hehehe.... ^___^

Monday, June 13, 2011

alahai.....korg nak thu x mcam mana TANDA SEORG LELAKI MENYANYANGI SEORG WANITA YG BERGELAR KEKASIH????.....nak tahu baca ler yg kat bwah 2...hakhakhakhak



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.


yakkk ehh.....
p/s: ehem2.....



Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.



pom..pom...
p/s: tngoklah korg yekk...



Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.



tuu diiaaa.....
p/s: rasa cinta


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.


sory xbrape jelas....
p/s: sje je ni nak buat hiasan ckit....^_^


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!



ni msti korg bleh bce kan.....????
p/s: klau bleh bace,,,bace la....ape ssah...hahaha


Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!



kahwin dah.......
p/s: alahai...


Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
 





woooowwww...!!!!!!!!
p/s: sy rela bagi hati sy untk awk......ermmmmmmm



Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
 



 romantik sioottt....
 p/s: nak gak....


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.



fuuhhhh....
p/s: "in love"



Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
 



 i love u....
 p/s: tringatkan smone.... :'(



Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
 


 trima lah...hikhik
 p/s: klau rose ptih kan lawa.....hukhuk


Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.



hehehheee....
p/s: cmella.....hahahahha



Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
 


 hargailah org yg sggup mnitiskan i mata buat drimu...
 p/s: eleh...mcam pernah plak bnyik ayat....>>ade pape ke??<<


Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. 



 pewwweettt...
 p/s: happy dia......hehe..."me too".....>>ngarot kokse<<




SETIAP PASANGAN ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING-MASING
KALAU KAMU RASA PASANGAN KAMU BANYAK KEKURANGAN DAN SELALU SAKITKAN HATI KAMU...LALU KAMU CARI PENGGANTI,,ALASAN KAMU KERANA DAH XADA HATI DAN DAH XSERASI...KAMU PULAK MACAM MANA????ADAKAH KAMU ITU XPERNAH BUAT SILAP????ADAKAH KAMU ITU XPERNAH SAKITKAN HATI PASSANGAN KAMU????



 JANGAN BIARKAN EGO MENGUASAI DIRI KAMU....KALAU TIDAK KAMU PASTI MENYESAL SUATU HARI NANTI.....



MUNGKIN PASANGAN KAMU XSEMPURNA...TAPI KALAU KAMU DAPAT RASA KEIKHLASAN HATI DIA.....ITU LEBIH BAIK....
DAN...
IKHLAS ITU XBOLEH DILIHAT....
TAPI BOLEH DIRASA DENGAN HATI..................... 

2 comments:

Bui Idzra Ryn said...

sy bertuah lah ni sbb suami sy ader ciri2 diatas..hehe

[A][M][A][N]:::[G][A][L][A][N][G] said...

hehehe....brtuahla awk...jga suami baik2...sbab dia dah jga awk baik2...^__^

Post a Comment